JIHAD


Khamis, 26 Julai 2012

Tip mudah rezeki dan kehidupan diberkati


1. Pastikan anda solat 5 waktu

2. Amalkan solat sunat dhuha

3. Amalkan membaca surah al-Waqiah setiap malam

4. Sentiasa beristighfar dan berselawat

5. Lakukan solat tahajjud

6. Kasihani dan hormati ibu bapa

7. Selalu bersedekah

Amalkan secara istiqamah, insyaAllah mujarab.....jom kita lakukan




 

Doa untuk mendapat jodoh dan rezeki



Rabbiy Inniy limaa anzalta ilayya min khairin faqir
(Wahai Tuhan, sungguh aku sangat faqir atas pemberian anugerah Mu)

Doa ini adalah daripada surah al-qasas ayat 24. Ia merupakan doa Nabi Musa as, kemudian Nabi Musa as didatangi calon isterinya dan sekaligus mendapat pekerjaan. Doa ini disarankan oleh Habib Munzir (www.majelisrasulullah.org) seperti yang diajarkan oleh gurunya. 

Doa ini dibaca untuk mendapatkan jodoh dan rezeki. Boleh dibaca bila-bila masa, tanpa batasan  jumlah dan tanpa batasan waktu. Dibaca sebanyak-banyaknya, semoga mendapat rezeki yang melimpah dan jodoh yang baik.




Ayat ini dibaca untuk melembutkan hati yang keras, hati yang ada hasad dengki, suka melakukan perbuatan jahat dan anak-anak yang degil.

Ayat ini adalah dari surah Al-Israk ayat 82:










Rabu, 25 Julai 2012

Peristiwa-peristiwa Besar Di Bulan Ramadhan




1) 17 Ramadhan 2H - Perang Badar Al-Kubra

Rasulullah SAW berangkat dari Madinah pada 8 Ramadhan. Ibnu Hisyam menyatakan bahawa perang ini merupakan kemenangan pertama yang menentukan kedudukan umat Islam dalam menghadapi kekuatan kemusyrikan dan kebatilan. Allah SWT telah mengutuskan segerombolan malaikat untuk membantu pasukan muslimin menghancurkan pasukan musyrik. Perang ini berlaku pada pagi Jumaat, 17 Ramadhan 2H di Badar. Kemenangan lebih kurang 300 orang tentera Islam di bawah pimpinan Rasulullah ini yang telah megalahkan lebih kurang 1000 orang tentera musyrikin Mekah.

2) Ramadhan 5H - Persiapan Perang Khandaq

Persiapan dilakukan dengan mengali parit (khandaq) sekeliling kota Madinah. Tipu muslihat ini tidak pernah digunakan oleh bangsa Arab. Ia diusulkan oleh Salman Al-Farisy. Peperangan ini terjadi pada bulan Syawal dan berakhir pada bulan Dzulkaedah setelah pasukan muslimin berjaya memecahkan belahkan pasukan musuh.

3) 20 Ramadhan 8H - Pembukaan Kota Mekah dan Penghancuran Berhala

Rasulullah SAW keluar dari Madinah pada 10 Ramadhan dan berpuasa, lalu diikuti para sahabat. Baginda berbuka di suatu tempat yang dipanggil Mukadid (antara Asfan dengan Amjad). Mekah jatuh ke tangan kaum muslimin tanpa pertumpahan darah. Setelah penaklukan Mekah, Rasulullah tinggal di kota itu selama 15 malam dengan melakukan sembahyang qasar. Menurut Ibnu Ishaq, penaklukan itu terjadi pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan. Rasulullah mengutuskan Khalid al-Walid untuk menghancurkan berhala Uzza, Amr bin Ash merobohkan Suwa’, dan Saad bin Zaid Al-Asyhaly menumbangkan Manat.

4) Ramadhan 10H - Utusan ke Yaman

Rasulullah SAW mengutuskan sepasukan tentera dibawah pimpinan Saidina Ali Karamallahu wajhah ke Yaman dengan membawa surat Nabi. Satu suku kaum yang berpengaruh di Yaman terus menerima Islam dan masuk Islam pada hari itu juga. Mereka bersembahyang berjamaah bersama Imam Ali ra. pada hari itu.

5) 9 Ramadhan 16 H - Perang Al-Qadisiyyah

Kemenangan besar Islam dalam peperangan Al Qodisiyyah yang dipimpin oleh Saad bin Abi Waqas. Tentera islam seramai 10,000 vs tentera Parsi 120,000 orang. Sejak dari itu, hancurlah empayar Parsi yg gah dan terkenal, dan Umar r.a memakaikan gelang Raja Kisra pada Suraqah bin Malik seperti yg dijanjikan oleh Rasulullah.

6) Ramadhan 92H - Panglima Islam Tariq Ziad mendarat Di Sepanyol

Islam telah tersebar dan membuka kawasan- kawasan baru sehingga ke Afrika Utara, Iran, Afghanistan, Yemen dan Syria. Spanyol di bawah kekuasaan Raja Rhoderic of the Visigoths. Musa ibn Husair, Wali Khilafah Ummayyah di Utara Afrika, bersama-sama dengan Paglima tentera Islam, Tariq Ziyad yang megetuai 12 000 tentera Islam berdepan dengan tentera kuffar seramai 90 000 yang diketuai sendiri oleh Raja Rhoderic. Antara peristiwa yang memotivasikan tentera- tentera Allah ini semasa perang ini ialah, apabila Tariq bin Ziyad mengarahkan tenteranya membakarkan kapal- kapal perang mereka sebelum bertempur dengan tentera Raja Rhoderic. Beliau berkata, ”Sesungguhnya, syurga Allah terbentang luas di hadapan kita, dan dibelakang kita terbentangnya laut. Kamu semua hanya ada dua pilihan, sama ada mati lemas, ataupun syahid”. Pasukan tentera ini bukan sahaja telah mengalahkan tentera-tentera kuffar pimpinan Raja Rhoderic, malah telah mampu membebaskan keseluruhan Sepanyol, Sicily dan sebahagian Perancis. Di sini, bermulanya zaman keemasan Islam di Andalus, dengan Islam menguasainya selama 700 tahun.

7) 10 Ramadhan 459 H - Peperangan Zallaqah di Portugal

Al-Muktamin dgn bantuan Sultan Dinasti Murabit, Yusuf bin Tasyifin memerangi al-Fonso VI. Tentera Kristian yang diketuai oleh al Fonso VI yang berjumlah 80,000 tentera berjaya dikalahkan. Dalam masa yang singkat Sultan Yusuf berjaya menguasai seluruh Portugal dan menyelamatkan umat Islam. Selepas itu, Dinasti Murabit berdiri sejak 1090 hingga 1147 Masihi.

8) Ramadhan 584H - Panglima Islam Salahudin al-Ayubi mengalahkan tentera salib

Panglima tentera Islam, Salahuddin Al-Ayyubi mendapat kemenangan besar ke atas tentera Salib. Tentera Islam menguasai daerah-daerah yang sebelumnya dikuasai oleh tentera Salib. Ketika bulan Ramadhan, penasihat-penasihat Salahuddin menyarankan agar dia berehat kerana risau ajalnya tiba. Tetapi Salahuddin menjawab "Umur itu pendek dan ajal itu sentiasa mengancam". Kemudian tentera Islam yang dipimpinnya terus berperang dan berjaya merampas Benteng Shafad yang kuat. Peristiwa ini berlaku pada pertengahan bulan Ramadhan.

9) Ramadhan 658H - Perang Ain Jalut

Semasa kemasukan tentera tartar di Baghdad, yang merupakan pusat pemerintahan Islam pada masa tersebut, tentera Tartar telah membunuh 1.8 juta kaum Muslimin. Selain itu, mereka mengarahkan penduduk Kristian supaya makan babi dan meminum arak secara terbuka dijalanan dan memaksa kaum muslimin turut serta. Azan turut dilarang daripada dilaungkan dan masjid- masjid disirami dengan arak oleh tentera- tentera Tartar yang biadap ini. Kecelakaan ini disambut oleh Saifudin Qutuz, pemerintah Mesir ketika itu dengan mengumpulkan semula kekuatan kaum muslimin untuk meghancurkan tentera Tartar dan bertembung dengan mereka pada Jumaat, 25 Ramadhan 658H di Ain Jalut. Peperangan ini turut disertai oleh isteri Sultan Saifudin Qutuz, Jullanar yang akhirnya syahid di medan pertempuran. Semasa beliau nazak, Saifudin Qutuz memapahnya dan berkata ”Wahai Kekasihku”. Ini dibalas oleh Jullanah dengan mengatakan, ”Janganlah kamu berkata demikian. Kasih lagilah kamu terhadap Islam”. Setelah itu, tentera- tentera ini terus berjihad, dan kemenangan di raih oleh Islam di depan pintu gerbang Mesir di Kota Ain Jalut.

10) 26 Ramadhan 927 H - Perang Serbia

Kemenangan Islam di bawah pimpinan Sultan Murad 1 dan pembukaan Bandar Balgred di Serbia.

11) 15 Ramadhan 1294 H - Perang Yakhliz

Bala tentera Islam Uthmaniah yang dipimpin oleh Ahmad Mukhtar Basya dengan jumlah 34,000 anggota mengalahkan tentera Rusia yang berjumlah 740,000. Seramai 10,000 tentera Rusia terbunuh dalam pertempuran itu. Ia menjadi kebanggaan umat Islam mempertahankan agama yang diancam oleh kerajaan Tzar di Rusia.








Kat Arab sangat panas dan kering. Kebanyakan keretanya warna putih untuk mengurangkan penyerapan haba. Tapi...
Wanita muslim di sana, walaupun panas terik, Mereka tetap menutup aurat. Kebanyakannya memakai purdah. Tapi...

Di Malaysia, wanita yg meletakkan Islam di IC mereka, 
Ramai yang tidak menutup aurat. Bukannya susah pun nak tutup aurat ni lagi lagi di negara yg tidak seberapa panas ni...

Di Arab, budak budak yg hingus masih meleleh je yang tak tutup aurat. Konklusinya, wanita muslim yang tak tutup aurat ni adalah wanita yg tak matang lagi. Masih kebudak-budakan.







ganjaran dunia hanya dapat dilihat dimata tapi ganjaran akhirat hanya Allah jer yang tahu.. biar miskin di dunia, tapi kaya di akhirat.









Sunnah perjuangan




Milik siapakah gadis seperti ini

''lembut hatinya bagaikan sutera,
sopannya dia menawan hati,
andai dia bidadari syurga,
subhanallah anugerah terindah dari Ilahi Rabbi.


sunnah Nabi setiap hari

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah: 
1) Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. 
2) Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. 
3) Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang 
mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah. 
4) Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. 
5) Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. 
6) Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”. 
7) Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. 
Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur :-

- Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati. 

- Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia. 
- Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.
- Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat. 
- Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu. 
- Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi. 
Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. 
Peringatan : Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki.Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah. Tutup aurat ketika tidur. 
Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap, dibawahnya Syaitan/ Jin Betina.Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan 
mengundang makhluk lain. Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa,Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk 
bercampur dengan benih-benih Syaitan/ Jin. Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai “bapa-bapa angkat” mereka ketika kita bersetubuh dulu.
SAMA-SAMALAH KITA MENGAMALKAN SUNNAH-SUNNAH NABI DAN SATU LAGI KAWAN2..SELALU2 LAH SELAWAT KEATAS NABI MUHAMMAD S.A.W..
Peringatan yg baik utk sumer …InsyaAllah
Ya taiba

SMK BUKIT GARAM


              
Nama saya Mohd Ridzwan Bin Ariffn, 
asal dari kampung Bakau Batu Sapi, Sandakan.
Anak pertama dari 6 adik beradik. Mula belajar
di tadika kg.istemewa seterusnya ke s.k Bahagia
semasa darjah 4 saya pindah ke s.k Bukit Garam
dan pindah s.k Gas semasa darjah 6, sambung
belajar di S.M.K Bukit Garam Kinabatangan
aliran seni visual
dan menetap di Pekan Bukit Garam Kinabatangan
(PANGKALAN)



SMK BUKIT GARAM

Merupakan sekolah menegah
yang pertama di Kota Kinabatangan,Sandakan.


LOGO SEKOLAH




MOTO SEKOLAH

Usaha . Jaya . Bakti





VISI SEKOLAH


SMK Bukit Garam Cemerlang Menjelang Tahun 2015




LAGU SEKOLAH

Megah setinggi jasamu,

Kami dididik diasuh,
Jaya SMK Bukit Garam,
Megah sepanjang zaman,

Jujur serta dedikasi,
Menyatu semua bangsa,
Cipta semangat waja,
Taatkan agama,
Dengan asasnya rukun negara,

Marilah bersama junjung cita-cita,
Demi bangsa dan juga agama.





Alamat Sekolah :


SMK BUKIT GARAM , 
W.D.T 12 ,
90200 KINABATANGAN 
SABAH .

Nombor Telefon :
089-561909

Nombor Faks :
089561386

Emel :
smkbgsbh@yahoo.com





HADIS RASULULLAH S.A.W

 Rasulullah s.a.w bersabda : 

"Solat berjemaah itu lebih afdal (baik) daripada solat  bersendirian dengan 27x darjat" 
- H.R.Bukhari dan Muslim

  Rasulullah s.a.w bersabda : 

"Sesiapa yang solat berjemaah kemudian duduk berzikir hingga terbit matahari kemudian solat 2 rakaat  maka ia akan mendapat pahala haji dan umrah yang sempurna" 
- H.R.Tarmizi

  Rasulullah s.a.w bersabda : 

"Sesiapa yang berjalan untuk solat fardhu maka pahalanya seperti orang yang mengerjakan haji dan jika ia berjalan untuk solat sunat maka pahalanya seperti orang yg mengerjakan umrah sunat" 
- H.R.Attabrani

  Rasulullah s.a.w bersabda : 

"2 rakaat solat sunat fajar itu pahalanya lebih baik daripada dunia seisinya" 
- H.R. Muslim & Tarmizi

  Rasulullah s.a.w bersabda : 

"Sesiapa yang solat sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka" 
- H.R.Attabrani

  Rasulullah s.a.w bersabda : 

"Sesungguhnya apabila seseorang hamba berdiri untuk solat maka diletakkan semua dosa-dosanya diatas kepala dan kedua bahunya. Setiap kali ia rukuk atau sujud akan berjatuhlah dosa-dosanya itu" 
- H.R.Attabrani

 Rasulullah s.a.w bersabda : 

"Sesiapa yang tetap mengerjakan solat sunat sebelum dan selepas zohor sebanyak 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka 
- H.R.Abu Daud & Tarmizi

  Rasulullah s.a.w bersabda : 

"Sesiapa yang berwuduk dengan sempurna maka keluarlah dosa dari tubuhnya sehingga dari bawah kukunya juga" 
- H.R.Muslim

  Rasulullah s.a.w bersabda : 

"Malaikat akan berdoa untuk kamu selama kamu masih berada didalam masjid dan melakukan solat dan selama kamu tidakberhadas. Berkata Malaikat "Ya Allah ampunilah dia dan turunkanlah RahmatMu kepadanya" 
- H.R.Bukhari

  Rasulullah s.a.w bersabda : 

"Sesiapa yang solat Isyak berjemaah maka bagaikan bangun (beribadah) ½  malam dan (pada esok paginya) ia mengerjakan solat Subuh secara berjemaah  juga maka (pahalanya) bagaikan bangun semalaman (penuh).  
- H.R.Muslim & Ahmad

  Rasulullah s.a.w bersabda : 

"Apabila kamu rasa ada angin didalam perutmu kemudian kamu ragu adakah ianya telah keluar atau belum, maka janganlah keluar dari solatmu sehingga jelas terdengar bunyi atau tercium baunya" 
- H.R.Muslim

  Rasulullah s.a.w bersabda : 

"Tidak takutkah orang yang mengangkat kepalanya sebelum imam  (mengangkat kepalanya), kelak akan digantikan kepalanya dengan kepala  kaldai" 
- H.R.Sahih Muslim

 Rasullulah s.a.w bersabda : 

"Solat dengan bersiwak (mengosok gigi) lebih afdal (baik) dari 70 x solat tanpa siwak" 
- H.R.Zanjawaih & Hakim

  Rasullulah s.a.w bersabda : 

"Solat sunat atau fardhu dengan memakai serban menyamai 25x solat yang tidak memakai serban dan solat jumaat dengan memakai serban menyamai 70x Jumaat tanpa memakai serban" 
- H.R.Ibn'Asakir

  Rasulullah s.a.w bersabda : 

"Malaikat senantiasa berdoa untuk kamu selama ia berada ditempat yang ia sembahyang padanya, selagi ia tidak berhadas" 
- H.R.Bukhari & Muslim

  Rasulullah s.a.w bersabda : 

"Apabila imam bangun dari rukuk serta membaca doa, maka hendaklah kamu  membaca "Allahuma Rabbana lakalhamdu" kerana sesiapa yang berkebetulan bacaannya dengan bacaan Malaikat, nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu" 
- H.R.Bukhari & Muslim

  Rasulullah s.a.w bersabda : 

"Sesungguhnya Allah memberi rahmat dan mailakatNya pula mendoakan bagi orang-orang yang sembahyang pada saf yang pertama" 
- H.R. Ahmad & Abu Daud

  Rasulullah s.a.w bersabda : 

"Sesiapa yang berwuduk padahal ia masih ada wuduk, maka dicatat untuknya sepuluh hasanat" 
- H.R.Abu Dawud

  Rasulullah s.a.w bersabda : 

"Sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, maka ia kafir terang-terangan" 
- H.R.Attabrani

SEMOGA KITA SEMUA TERGOLONG DARI AHLI SYURGA YANG MEMASUKI-NYA TANPA HISAB. AMIN..... YA RABBALALAMIN.